Bapa beliau bernama Ali bin Musa al-Ridha (a.s) yang merupakan imam ke-lapan Syiah.
Nama ibu beliau ialah Sabikah, yang berasal dari keturunan Mariah al-Qibthiyah, salah seorang isteri Nabi (s.a.w). Sabikah merupakan salah seorang yang berakhlak mulia sehingga Imam Ridha (a.s) menyebutnya sebagai perempuan suci.
Mengenai nama beliau yang dikatakan kurang masyhur di kalangan masyarakat, antara faktor-faktornya ialah beliau syahid ketika berusia 25 tahun, tidak seperti para imam yang lain yang mempunyai umur lebih panjang dari beliau. Namun dengan mengamati hadis-hadis Syiah, kita tidak menganggap beliau kurang terkenal kerana terlalu banyak jasa yang beliau sumbangkan dalam bidang kebudayaan dan ilmu di zamannya.
Selain itu, beliau menghadapi sedikit kerumitan dan masalah kehidupan berbanding para imam yang lain. Sepanjang pemerintahan kerajaan Abbasiyah di bawah Makmun dan Muktasim, ada ahli sejarah menganggap cengkaman pemerintah ketika itu mirip seperti di zaman pemerintahan Yazid.
Salah satu ciri-ciri menarik yang ada pada peribadi Imam Jawad dan Ahlul Bait yang lain ialah beliau mewarisi akhlak mulia yang ada pada Nabi Muhammad (s.a.w) sedangkan al-Quran telah berpesan bahawa umat Islam hendaklah menjadikan akhlak nabi sebagai contoh dan tauladan.
Dalam sejarah Ahlul Bait, kisah-kisah kehidupan beliau dapat dilihat dalam berbagai kitab seperti Mu'jam Ma Kataba 'An al-Rasul Wa Ahli Baitihi tulisan Abdul Jabbar al-Rifa'i setebal 10 jilid.